Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Takbir Hari Raya Aidilfitri bergema di Bolkiah Garison

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Takbir Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 

    Majlis bagi menandakan kemenangan seluruh umat Islam setelah mengharungi cabaran dan dugaan melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadan itu turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap dan pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti dengan laungan takbir beramai-ramai.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi berserta pemangku setiausaha tetap, pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB semasa Majlis Takbir Raya Aidilfitri yang diadakan. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...