Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ten Hag hukum Ronaldo

    LONDON, 21 OKT – Masa depan Ronaldo di Manchester United terus diperkatakan selepas dia digugurkan daripada skuad untuk pertembungan dengan Chelsea esok.

    Tidak kira apa-apa yang Erik Ten Hag lakukan pada musim ini, ia masih tidak dapat memuaskan bintang Manchester United itu.

    Ia susulan tindakannya kembali ke bilik persalinan sebelum tamat perlawanan menentang Tottenham Hotspurs, di mana Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan dalam kemenangan 2-0 itu.

    Bintang Portugal berusia 37 tahun itu dikatakan memberitahu pengendali Erik ten Hag, yang dia tidak mahu masuk sebagai pemain gantian di hujung perlawanan.

    Pengguguran Ronaldo untuk perlawanan Chelsea antara hukuman Ten Hag ke atas pemain itu selepas dia berjanji untuk menangani bintangnya itu.

    Ia bukan kali pertama Ronaldo menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap peranannya dalam skuad bimbingan Ten Hag, dan pengendali dari Belanda itu akhirnya menunjukkan ketegasannya.

    “Ronaldo tidak akan berada dalam skuad Manchester United untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea Sabtu ini.

    “Pemain-pemain lain fokus sepenuhnya untuk persiapan menghadapi perlawanan itu,” kata United dalam satu kenyataan. – AFP

    Aksi pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo memanaskan badan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...