Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Tengkorak berusia 8,000 tahun ditemui

    REDWOOD FALLS, MINNESOTA, 22 MEI – Sebahagian tengkorak yang ditemui pada musim panas lalu oleh dua pendayung kayak di Minnesota akan dipulangkan kepada pegawai Amerika Asli selepas siasatan memutuskan ia berusia kira-kira 8,000 tahun.

    Pendayung kayak menemui tengkorak itu di Sungai Minnesota yang kering akibat kemarau kira-kira 180 kilometer dari barat Minneapolis, kata Syerif Renville County, Scott Hable.

    Memikirkan ia mungkin berkaitan dengan kes individu hilang atau pembunuhan, Hable mengembalikan tengkorak kepada pemeriksa kesihatan dan akhirnya kepada FBI, di mana pakar antropologi forensik menggunakan kaedah tentu umur karbon dan menjejaki tengkorak mungkin seorang lelaki muda yang hidup di antara 5,500 dan 6,000 SM, kata Hable.

    “Kami berasa amat terkejut apabila mendapat tahu tulang itu berusia 8,000 tahun,” beritahu Hable kepada Radio Awam Minnesota.

    Ahli antropologi berkata tengkorak itu mempunyai lekukan yang mungkin ‘memberikan petunjuk mengenai punca kematiannya.’ – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...