JAKARTA, INDONESIA, 10 MEI – Pelaut-pelaut yang dikerahkan untuk menjamin perjalanan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri telah membuat rampasan kokain terbesar Indonesia selepas menemui pakej-pakej plastik berisi dadah terapung di laut, tentera laut berkata.
Indonesia yang mempunyai undang-undang dadah yang ketat kadangkala akan menjatuhkan hukuman mati dengan tembakan ke atas penyeludup yang disabit bersalah.
Empat pakej hitam mengandungi 179 kilogram kokain bernilai AS$82.6 juta ditemui terapung dekat pelabuhan Merak di pulau Jawa pada Ahad, tim-balan ketua turus tentera laut berkata pada satu sidang media pada Isnin.
Menyeludup dadah dengan melontarkan pakej-pakej dan boya ke laut adalah taktik biasa, Naib Laksamana Ahmadi Heri Purwono berkata.
Para penyeludup berkemungkinan meletakkan dadah ke perairan dekat pelaburan untuk dipindahkan oleh sebuah bot laju dan memantau pakej-pakej berkenaan apabila ia dirampas oleh tentera laut, katanya.
Purwono berkata, tiada yang telah ditahan, dan pihak berkuasa masih membuat siasatan. – AP
