Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Priyanka, Nick bawa balik anak dari NICU

    Selepas 100 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), akhirnya pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan suaminya Nick Jonas melahirkan rasa teruja dapat membawa pulang anak perempuan mereka.

    Priyanka menerusi laman Instagram miliknya mengakui dia dan suami berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang beberapa bulan anak mereka yang lahir pramatang menerima rawatan.

    Berterima kasih kepada doktor, pakar dan jururawat, Priyanka tetap menganggap pengalaman yang mereka lalui itu sangat berharga dan sempurna selain teruja mahu menjalani kehidupan dengan anak perempuan mereka.

    “Kami sangat gembira anak perempuan kami sudah pulang ke rumah, dan mahu berterima kasih kepada setiap doktor, jururawat dan pakar di Rady Children’s La Jolla serta Cedar Sinai, Los Angeles yang turut berada di setiap langkah kami.

    Pelakon Bollywood terkenal itu juga memuat naik foto dia sedang mendukung anak perempuan yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas namun menutup wajah anaknya.

    Pada Januari lalu, Priyanka dan Nick berkongsi berita gembira mereka menyambut anak sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.

    Untuk rekod, Nick dan Priyanka yang berkahwin pada 1 Disember 2018 berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram masing-masing. – Agensi

    Priyanka dan suaminya Nick teruja menyambut kelahiran anak perempuan mereka yang pertama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...