Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Thailand sasar 1.5 juta ketibaan pelancong asing setiap bulan

    BANGKOK, 19 SEPT – Thailand dijangka menerima kunjungan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan pada suku terakhir tahun ini.

    Pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata lebih lima juta pelancong antarabangsa melawat negara itu termasuk lebih satu juta ketibaan direkodkan pada September, selepas Thailand melonggarkan sekatan COVID-19.

    “Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir 2022.

    “Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan sektor awam dan swasta serta operator pelancongan bagi mengenal pasti dan melaksanakan langkah promosi dengan tumpuan meningkatkan jumlah pelancong berkualiti.

    “Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) merancang untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi melancarkan kempen jualan dan pemasaran serta meneruskan promosi pelancongan semasa musim ramai pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kerajaan juga mengakui perlunya pelan pelarasan operasi syarikat-syarikat penerbangan sejajar dengan peningkatan jumlah pelancong terutama pada musim berkenaan.

    Anucha berkata industri pelancongan Thailand dijangka menjana pendapatan sehingga 2.38 trilion baht pada 2023.

    Kerajaan berharap kedatangan pelancong pada tahun depan mencapai 80 peratus berbanding 40 juta ketibaan yang dicatatkan pada 2019. – Bernama

    Gambar fail pelancong bergambar di Phuket, salah satu destinasi pelancongan terkenal di Thailand.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...