Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Jangan sentuh orang asing’

    BEIJING, 19 SEPT – Seorang pegawai tertinggi China memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelak kontak ‘kulit-ke-kulit’ dengan warga asing, bagi mengelak penularan cacar monyet ketika negara itu mengesahkan kes pertamanya.

    China mencatatkan jangkitan cacar monyet pada Jumaat daripada seorang yang baru tiba dari luar negara dan kini sedang dikuarantin, kata pegawai kesihatan awal hari ini.

    “Bagi mengelak kemungkinan jangkitan cacar monyet dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kesihatan kita, dicadangkan awda tidak bersentuhan kulit-ke-kulit dengan warga asing,” kata Wu Zunyou, ketua epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, dalam akaun ala Twitter China, Weibo pada Sabtu lalu.

    Wu juga menyeru orang ramai mengelak kontak kulit-ke-kulit dengan orang yang sudah berada di luar negara dalam masa tiga minggu kebelakangan dan juga ‘orang asing.’

    Menurutnya, sekatan COVID China yang tegas dan kawalan ketat sempadan setakat ini telah mencegah cacar monyet dan memberi amaran agar kes seumpama itu ‘tidak terlepas daripada sekatan.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...