Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tiada kes doping libatkan kontinjen Sukan SEA setakat ini

    KUALA LUMPUR, 27 APRIL – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada atlet daripada kontinjen Sukan SEA yang gagal ujian doping setakat ini.

    Beliau berkata Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan terus melakukan ujian secara sistematik ke atas para atlet bagi memastikan kontinjen Malaysia bebas doping pada temasya dwitahunan itu.  

    “Alhamdulillah, tiada kes setakat ini. Kita harap dapat kekalkan momentum, ujian akan terus dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan latihan atlet Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, malam tadi.

    Tiada kes penyalahgunaan bahan terlarang direkodkan pada Sukan SEA 2019 Filipina, namun terdapat kes atlet Malaysia ‘kantoi’ doping pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

    Ahmad Faizal berkata kontinjen Malaysia akan berlepas secara berperingkat bermula 4 Mei ini bagi Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung secara rasminya bermula 12 hingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam, dengan acara terjun dan bola sepak bermula seminggu lebih awal.

    Beliau berkata hampir 40 peratus atlet yang dipilih mewakili Malaysia pada temasya kali ini merupakan atlet muda yang bakal membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...