Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tidak sedar mayat dalam tandas kereta api

    NEW DELHI, 3 NOV – Polis India mengatakan mereka menemui mayat seorang lelaki yang telah membuat perjalanan tanpa disedari sejauh 900 kilometer (km) merentasi utara India selepas terkunci dalam tandas kereta api.

    Mereka percaya lelaki tersebut menaiki kereta api beberapa hari sebelum berlepas dari negeri Bihar dan meninggal dunia dalam tandas selepas mengunci pintu.

    Pegawai polis kereta api, Ram Sahay memberitahu AFP, mereka memecahkan pintu tandas itu Ahad lalu selepas penumpang mengadu mengenai bau busuk.

    Ekspres Saharsa-Amritsar Jan Sewa ketika itu telah membuat perjalanan selama hampir 24 jam dari titik permulaannya yang mana keseluruhan perjalanan mengambil masa 35 jam.

    Media India berkata, kereta api itu ditangguhkan hampir lima jam apabila pegawai cuba memeriksa identiti lelaki yang mati itu dengan pengembara lain sebelum perjalanan ke Amritsar disambung semula.

    “Kami masih tidak tahu apa-apa mengenai lelaki itu,” kata Sahay, yang membuat perjalanan ke Shahjahanpur di negeri Uttar Pradesh tempat penemuan mengerikan berlaku.

    “Dia mungkin memasuki kereta api semasa di depoh dan meninggal dunia dalam masa dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

    Sanjay Rai, seorang doktor di hospital kereta api memberitahu The Times of India bahawa lelaki itu ‘meninggal dunia selepas dia mungkin koma’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...