Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga filem pendek ciptaan pelajar UBD terpilih

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Tiga hasil karya filem pendek bertajuk Not Toaster, Crescendo dan Sonder yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) Program Rekaan dan Industri Kreatif (DCI), telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam Asia Rising 2022: A Showcase of Short Films from Universities in ASEAN, Japan, Korea and China, yang dianjurkan oleh National University of Singapore (NUS).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UBD, hari ini, tiga buah filem pendek yang terpilih berkenaan akan ditayangkan dalam talian bermula 1 hingga 9 April nanti. Pemilihan itu merupakan tahun kedua berturut-turut bagi tiga buah filem pendek UBD tersebut dipilih iaitu penyertaan maksimum yang dibenarkan bagi setiap universiti anggota Rangkaian Universiti ASEAN (AUN) dan Rangkaian Universiti ASEAN+3.

    Ia juga merupakan kali pertama sebuah filem pendek animasi, Sonder yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar DCI akan ditayangkan dalam sebuah pesta filem serantau.

    Filem Not Toaster, baru-baru ini, telah memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik (bagi 10-20 minit), manakala Halim Ashari telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik bagi Crescendo, hasil arahannya, dalam Pesta Filem Pendek Prism UBD ke-4 pada Disember 2021.

    Berikutan dengan kejayaan Asia Rising pertama pada April 2021, yang telah mengetengahkan 10 filem pelajar dari UBD, De La Salle University dan NUS, tema tahun ini, Slow Connection, bermatlamat untuk memacu pembuat filem muda dari setiap negara supaya terus menghasilkan kraf kreatif dan memberanikan diri mereka bagi kolaborasi merentas sempadan dengan mengetengahkan hasil kerja terbaik mereka.

    Pelajar-pelajar DCI juga mengambil peluang yang amat berharga itu sebagai sebuah platform untuk mengetengahkan bakat kreatif mereka serta mempromosikan identiti budaya unik Brunei.

    Anggota kru bagi filem Not Toaster ialah Rahim Sofri, Dhiyaurrahman Suhaimi, Rafeatul Zaini, Hisham Fitri dan Sulaiman Fitri, anggota kru bagi Crescendo ialah Halim Ashari, Azeem Majid, Shakir Andy, Syahmi Batrisya dan Nazri Awang serta anggota kru bagi Sonder ialah Yasmin Hazwan, Halim Ashari, Wallace Chong, Arifah Zhafirah, Dayang Nursyazwani dan Sylvester Chan. Video pengenalan mengenai pelajar-pelajar pembuat filem berkenaan akan dimuat naik ke platform atas talian, Asia Rising 2022 sebagai perisian tambahan bagi penonton yang berminat dalam proses pembuatan filem.

    Filem pendek Not Toaster terpilih untuk mengambil bahagian dalam Asia Rising 2022. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...