Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tingkat kefahaman teknik penyembelihan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TUTONG, 14 JULAI – Dalam usaha meningkatkan pengetahuan, dan kefahaman mengenai penyembelihan dan teknik penyembelihan yang betul dan tepat berdasarkan hukum syarak, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) kelmarin, telah mengendalikan Kursus Penyembelihan.

    Kursus yang diadakan di Pejabat Hal Ehwal Ugama, Daerah Tutong itu menyasarkan 22 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai di BKMH, Jabatan Hal Ehwal Syariah.

    Ia turut memberi peluang kepada pelajar dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang sedang menjalani latihan industri di BKMH.

    Dengan pendedahan pengetahuan termasuk undang-undang yang berkaitan serta kemahiran yang ada, kursus berkenaan akan dapat membantu dan memperbaiki perlaksanaan tugas yang sedia ada khususnya semasa pengauditan rumah dan pusat penyembelihan dalam dan luar negara.

    Para pelajar UNISSA yang sedang mengikuti latihan industri di BKMH diberi peluang menyertai kursus berkenaan. – Gambar serahan JHES
    Gambar ramai peserta kursus penyembelihan bersama pegawai JHES. – Gambar serahan JHES

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...