Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    TNB minat teroka pembangunan penyelesaian tenaga di Nusantara

    KUALA LUMPUR, 13 JAN – Tenaga Nasional Bhd (TNB) baru-baru ini menyerahkan Surat Hasrat (LOI) kepada Pengerusi Otorita Ibu Kota Nusantara (IKN) dengan menyatakan minat untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam pembangunan serta operasi penyelesaian tenaga di IKN Nusantara, Indonesia merentas pelbagai teknologi seperti gas, solar, angin, hidro dan penyimpanan bateri.

    Dalam kenyataan pada Jumaat, TNB menjelaskan pihaknya juga berminat untuk meneroka sebarang peluang dalam perniagaan kesalinghubungan grid melalui kerjasama dengan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) untuk membangunkan infrastruktur penghantaran voltan tinggi yang selamat dan boleh dipercayai di Global City for All, IKN Nusantara. Menurut kenyataan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata LOI itu akan membantu memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama kedua-dua negara serta mempercepat pembangunan tenaga bersih di kedua-dua negara.

    TNB menambah, pada majlis itu, Baharin turut menyerahkan satu lagi LOI kepada Pengarah Perancangan Sistem dan Transmisi PLN, Evy Haryadi untuk mengkaji semula MoU sebelum ini bagi meneruskan kerjasama peralihan tenaga yang bertanggungjawab, sejajar dengan komitmen kelestarian kedua-dua syarikat tenaga. – Bernama

    Presiden dan ketua eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...