Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Trend membeli-belah dalam talian memuaskan

    KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Trend membeli-belah secara dalam talian berada pada tahap yang memuaskan ketika peralihan kepada fasa endemik COVID membolehkan ramai orang membeli-belah di kedai fizikal, kata Lazada Malaysia.

    Ketua Pegawai Pemasarannya, Schrene Goh berkata keyakinan Lazada terhadap pembelian dalam talian akan terus meningkat walaupun kedai dibuka sepenuhnya sejak 1 April 2022.

    “Pandemik ini telah mendorong ramai pembeli untuk membuat pembelian dalam talian dan kini apabila negara menuju ke tahap endemik, orang ramai telah mula keluar untuk membeli barangan.

    “Saya berpendapat sudah pasti trend ini kukuh,” kata Goh selepas melancarkan jerayawara ‘Bertambah-Tambah ke Hati’ anjuran Lazada di Menara UOA, Bangsar South, di sini, hari ini.

    Dihoskan oleh DJ Ili Ruzanna, jerayawara itu akan singgah di beberapa bazar Ramadan dan kawasan tumpuan trak makanan di seluruh Lembah Klang.

    Goh berkata jerayawara tersebut bertujuan mendekatkan kedai dalam talian di aplikasi Lazada kepada rakyat Malaysia melalui pengalaman luar talian ke dalam talian yang menarik dan mengujakan.

    Beliau berkata pengguna mengharapkan penyepaduan lancar kedai runcit fizikal dan perdagangan digital dalam era runcit omnichannel (pelbagai saluran) ketika ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...