Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tsunami landa Jepun – agensi kaji cuaca

    TOKYO, 16 JAN – Tsunami melanda Jepun lewat kelmarin sehingga awal hari ini, dan ombak berkemungkinan setinggi tiga meter, menurut Agensi Meteorolgi Jepun, beberapa jam selepas letusan kuat gunung berapi berhampiran Tonga.

    Agensi berkata tsunami 1.2 melanda pulau pendalaman selatan Amami Oshima kira-kira 11:55pm (1455GMT) kelmarin sebelum beberapa kawasan lain sepanjang pesisir pantai Pasifik Jepun turut dilanda dengan tsunami kecil.

    Kawasan pantai di bahagian timur pulau Hokkaido serta di wilayah barat daya Kochi dan Wakayama turut menyaksikan kejadian tsunami setinggi 0.9 meter tidak lama selepas tengah malam, menurut agensi.

    Penyiar NHK menukar program khas dan menayangkan video dari pelabuhan dari wilayah terjejas, meminta penduduk untuk berpindah ke kawasan tinggi.

    Walau bagaimanapun, video menunjukkan tiada tanda-tanda jelas keluarbiasaan.

    Pegawai agensi cuaca memberitahu sidang berita tengah malam bahawa mereka mengesan perubahan ombak lebih tinggi dari satu meter selepas 11 malam.

    Agensi tersebut tidak segera mengklasifikasikan ia sebagai tsunami. Namun, ia memutuskan untuk mengaktifkan sistem amaran awam tsunami untuk menggesa penduduk Amami agar berpindah.

    “Kami tidak tahu pada ketika itu sama ada ia adalah tsunami, tetapi perubahan besar ombak telah dicatat, jadi kami meminta penduduk untuk berpindah,” kata pegawai semasa sidang media.- AFP

    Penduduk memeriksa kerosakan ke atas bot akibat ombak besar di Tutkaka, New Zealand. Sementara itu, Jepun turut merekodkan kejadian tsunami yang berkemungkinan setinggi meter, beberapa jam selepas letupan kuat gunung berapi berhampiran Tonga.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...