Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Murray berharap saga Djokovic tidak terulang

    MELBOURNE, 16 JAN – Andy Murray berharap ‘kekacauan’ yang telah menyebabkan pemain nombor satu dunia tenis, Novak Djokovic yang diberitahu dia akan dihalai keluar dari Australia sebelum Terbuka Australia dimulakan agar tidak terulang.

    Bekas pemain nombor satu dunia, Murray telah memberitahu BBC di Melbourne bahawa “situasi tidak berjalan dengan baik kepada semua orang” dan kecewa apabila Djokovic telah ditahan di pusat tahanan imigresen.

    Murray berkata selepas Djokovic kehilangan peluangnya untuk mengelak daripada dihantar pulang dari Australia hari ini.

    Ia berakhir dengan perbalahan undang-undang yang sensasi terhadap status vaksinasi koronavirusnya dan menafikan impiannya untuk merangkul gelaran juara perseorangan Grand Slam ke-21.

    Djokovic yang ‘amat kecewa’ berkata dia akan mematuhi keputusan mahkamah persekutuan sebulat suara yang mengekalkan hak kerajaan untuk membatalkan visanya kerana bimbang dia mencetuskan sentimen anti-vaksin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...