Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tukar surat khabar jadi pensel

    GABORONE – Di seluruh dunia, bandar raya sinonim dengan pencemaran dan aktiviti pembangunan lain yang merupakan pengeluar utama gas rumah hijau. Oleh itu, ia dianggap penyumbang utama kepada perubahan iklim.

    Atas sebab ini, pihak berkepentingan dalam pembangunan telah menyatakan keperluan untuk transformasi pintar, selamat dan berdaya tahan di seluruh bandar yang akan memanfaatkan dan menyepadukan teknologi untuk mencipta peluang ekonomi sebenar dan menyelamatkan nyawa.

    Apabila peluang untuk membuat sumbangan penting dalam perjuangan perubahan iklim di bandar-bandar itu wujud dalam diri Wada Kealotswe pada 2019, dia segera menyelidik dan melancarkan projek kitar semula surat khabar bersama Bank Dunia untuk Bandar Pintar dan Berdaya Tahan.

    Idea ini, katanya membawanya untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Belia 2019 di Washington DC.

    “Walaupun projek itu melangkah ke separuh akhir, ia tidak berjaya ke peringkat akhir, tetapi saya mendapat inspirasi untuk meneruskannya, jadi saya mengasaskan jenama Eco Zera Pencils, yang saya biayai sendiri,” kata Kealotswe kepada Xinhua.

    Wada Kealotswe, pengasas Eco Zera Pencils, menggunakan mesin pemotong pensel yang dibeli dari China di Gaborone, Botswana. – Xinhua
    Kira-kira 80 peratus daripada proses pembuatan Eco Zera dilakukan dengan tangan, manakala hanya 20 peratus memerlukan penggunaan mesin. – Xinhua

    Sejak perniagaan pembuatannya bermula hanya dua tahun lalu, Eco Zera Pencils telah berjaya menggunakan kira-kira 8,000 surat khabar.

    “Kami mengumpul surat khabar dari pejabat dan individu. Ada pejabat yang menghubungi kami setiap bulan untuk pengumpulan, malah individu yang melihat kerja kami menawarkan surat khabar me-reka,” katanya.

    Surat khabar, bagaimanapun, bukan satu-satunya bahan yang diperlukan dalam proses pembuatan pensel. Oleh itu, Kealotswe memperoleh grafit dan bahan mentah lain dari China.

    Menggunakan mesin yang juga dihantar dari China, Kealotswe dan pasukan mula-mula memotong surat khabar mengikut saiz grafit, kemudian menggunakan gam kertas untuk mengikat grafit pada kepingan potongan surat khabar. Selepas itu mesin menggulung baki kertas untuk membuat batang pensel diikat dengan gam resin.

    “Kami mengeringkan batang di bawah sinar matahari kira-kira 4 jam sebelum menggunakan ketuhar elektrik yang mengeraskan batang pensel untuk menyerupai kayu. Batang kemudian dipotong pada kedua-dua hujungnya, memberikannya bentuk sebelum dihalusi untuk rasa yang licin. Kami kemudian gabungkan dengan pemadam, mengasah dan membungkus dalam kotak berjenama berisi 12,” kongsi Kealotswe mengenai proses itu.

    Kira-kira 80 peratus daripada proses pembuatan katanya dilakukan dengan tangan, manakala hanya 20 peratus memerlukan penggunaan mesin.

    Sejak mereka mula menjual, mereka telah mengeluarkan kira-kira 40,000 pensel dan menjual kira-kira 39,000 sehingga kini. Hasratnya adalah untuk melihat perniagaannya berkembang sehingga ke tahap eksport, bukan sahaja di Afrika tetapi di seluruh dunia kerana dia berkata permintaan untuk pensel masih tinggi di seluruh dunia dan di Botswana.

    “Kanak-kanak belajar menulis menggunakan pensel, dan ia adalah peralatan yang telah digunakan oleh banyak profesion,” katanya.

    Dengan menggunakan kertas kitar semula untuk membuat pensel, Kealotswe berkata mereka cuba meningkatkan kesedaran pengguna terhadap produk mesra alam.

    “Kami akan sampai ke tahap di mana banyak pokok tidak ditebang untuk membuat pensel.

    “Menebang pokok mengganggu ekosistem, dan dengan menyokong produk hijau secara individu boleh membantu,” kata Kealotswe, yang menggesa semua orang untuk menjaga bumi ini, dengan mengingati setiap aktiviti kecil yang dijalankan suatu hari nanti akan membuat perbezaan dalam menurunkan suhu yang semakin meningkat.

    Usaha Kealotswe mengitar semula surat khabar di Gaborone dan menyelamatkan ribuan pokok mendapat pujian. Eco Zera telah memenangi Anugerah Penyesuaian Iklim 2021 SEED (Awards for Entrepreneurship in Sustain-able Development), untuk menguruskan sisa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...