Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Tuna dijual lebih AS$270,000

    TOKYO, 5 JAN – Harga tertinggi tuna pada pelelongan tradisional Tahun Baharu Tokyo telah dijual lebih daripada AS$270,000 hari ini, hampir dua kali ganda daripada harga tahun lalu, sekali gus memecah trend permintaan meleset semasa pandemik.

    Restoran susyi bintang Michelin, Onodera Group dan pemborong Jepun Yamayuki membayar 36.04 juta yen (AS$273,000) untuk 212 kilo tuna bluefin pada pelelongan di pasar ikan Yoyosu, Tokyo.

    Jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada harga rekod yang dicatat pada 2019 tetapi menandakan pemulihan untuk pelelongan simbolik selepas tiga tahun yang menyaksikan harga merosot.

    “Ia mempunyai segala kualiti tuna yang baik,” beritahu ketua cef Onodera, Akifumi Sakagami kepada wartawan selepas pelelongan.

    “Kami mengharungi tahun-tahun suram semasa pandemik. Saya berharap kami dapat menceriakan semua orang dengan menggunakan peluang seperti ini.”

    Tuna paling laris pada tahun lalu, dibeli oleh pasangan pembida yang sama, dijual pada harga 16.88 juta yen, dengan pemerhati menyalahkan permintaan lembap ketika gelombang COVID melanda Jepun pada awal 2022.

    Selama beberapa tahun, pembida teratas datang daripada ‘Raja Tuna’ Kiyoshi Kimura, yang membayar AS$3.1 juta pada 2019. – AFP

    Kepala ikan tuna bluefin, yang dibeli pada harga lebih AS$270,000 pada pelelongan Tahun Baharu, diletak di kaunter ketika ikan itu dipotong di kedai Sushi Ginza Onodera di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...