Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    Facebook Meta didenda AS$414 juta

    DUBLIN, 5 JAN – Ireland mengenakan denda €390 juta (AS$414 juta) ke atas  syarikat induk Facebook Meta kerana melanggar perlindungan data, lapor dpa.

    Kumpulan itu melanggar Peraturan Perlindungan Data Umum EU dalam platform Facebook dan Instagramnya, menurut pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC, kelmarin.

    Kedua-dua kes melibatkan pengiklanan peribadi dan cara Meta mengumpul serta memproses data peribadi pengguna. Meta didenda €210 atas pelanggaran Facebook dan €180 juta lagi bagi kes di laman Instagram.

    Pihak berkuasa Ireland mendapati bahawa syarikat itu telah menekan penggunanya untuk menerima syarat tertentu memandangkan perkhidmatan itu tidak lagi tersedia untuk mereka.

    Ia juga mengarahkan Meta menukarkan cara kerja pemprosesan datanya dalam tempoh tiga bulan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...