Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Turunkan, bukan naikkan umur persaraan

    Masalah pengangguran ada di mana-mana. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei merupakan negara di Asia Tenggara dengan peratusan kadar pengangguran paling tinggi iaitu sebanyak 6.8 peratus.

    Ia jauh ditinggalkan oleh negara penanda aras, Singapura dengan kadar 2.1 peratus.

    Hal ini tidak mengejutkan saya kerana jika kita perhatikan, tidak banyak syarikat gergasi atau multinasional yang beroperasi di sini. Malah, jika kita bergaul dengan penduduk tempatan, majoriti mereka ingin bekerja dengan pihak kerajaan, satu petanda ekonomi yang kurang sihat.

    Jika mengharapkan kepada kekosongan jawatan kerajaan sahaja, ia tidak mencukupi untuk menampung populasi able-to-work di Brunei.

    Pihak swasta juga perlu memainkan peranan di sini.

    Peratusan kadar pengangguran di Singapura jauh lebih rendah berbanding Brunei.

    Namun, persekitaran ekonomi Brunei dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam jauh mengatasi kebolehan pihak swasta untuk bersaing.

    Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa kebanyakan orang sanggup untuk tidak bekerja dan sebaliknya menunggu untuk mengisi kekosongan jawatan kerajaan.

    Jika beginilah senarionya, saya ingin mencadangkan penyelesaian jangka masa sederhana. Iaitu dengan menurunkan had umur bersara wajib.

    Secara automatik, mereka yang sudah ‘lanjut usia’ terpaksa menamatkan perkhidmatan masing-masing dan akan digantikan dengan orang yang lebih muda.

    Zaman sudah berubah, pemikiran kita juga harus berubah seiring dengan perubahan zaman. Kita tidak lagi hidup pada zaman kolonial.

    Malangnya, kebanyakan jawatan-jawatan tertinggi masih lagi dipegang oleh golongan ‘lanjut usia’ ini yang membesar dalam persekitaran zaman penjajah. Pada hemat saya, mereka tidak lagi mampu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman yang semakin laju ini.

    Banyak kelebihan yang boleh kita peroleh daripada tenaga kerja muda. Mereka lebih fleksibel, lebih cergas, lebih bertenaga, malah kebolehan mereka untuk mempelajari sesuatu ilmu atau teknologi baharu adalah berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding tenaga kerja ‘lanjut usia’.

    Golongan seperti ini yang kita perlukan untuk menggerakkan Brunei ke hadapan.

    Sudah tiba masanya kita memikirkan semula hala tuju negara yang kita cintai ini.

    Berilah anak muda peluang

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...