Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    UEFA ingin kongsi hasil pendapatan dengan kumpulan liga rendah

    GENEVA, 10 MEI – UEFA menjangkakan hasil daripada penyiar dan penaja meningkat 33 peratus untuk pertandingan kelabnya yang dirombak pada 2024, dan berjanji untuk berkongsi hasil tersebut pada kumpulan liga yang lebih rendah jika jumlah jualan menghampiri AS$5.5 bilion.

    Liga Juara-Juara pada masa ini memacu pendapatan global sebanyak AS$3.9 bilion untuk pertandingan kelab UEFA bagi setiap tiga musim dari 2021 hingga 2024.

    Keyakinan UEFA adalah berdasarkan gelombang pertama tawaran penyiaran termasuk Britain, Perancis dan Amerika Syarikat untuk musim 2024-27, apabila pertandingan lelaki akan ditambah lebih banyak perlawanan susulan format yang diperluaskan.

    Perubahan format Liga Juara-Juara telah dimuktamadkan tahun lepas berikutan kegagalan pelancaran Liga Super pada 2021.

    Mulai 2024, ia menjamin setiap pasukan dalam pertandingan itu lapan perlawanan dan bukannya enam, dan mencipta 64 lagi perlawanan secara keseluruhan dalam setiap musim untuk dijual kepada penyiar.

    Kini UEFA sedang bekerjasama dengan kumpulan ECA dan Liga Eropah tentang cara mengagihkan wang hadiah tambahan, manakala kumpulan baharu baru-baru ini dilancarkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada kelab di peringkat rendah. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...