Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ukiran arang Yucheng Deyuan, satu warisan kebudayaan

    YUCHENG, CHINA – Yucheng, yang diberi nama bersempena dengan Yu the Great yang berjaya di dalam mengawal banjir, adalah merupakan tempat kelahiran bagi tamadun pertanian China dan satu daripada daerah purba berusia 100 ribu tahun di China.

    Penuh dengan lakaran sejarah, bandar raya Yucheng yang berusia lebih 4,000 tahun itu adalah tempat kepada pelbagai mitos dan kisah tempatan tentang usaha penjinakan banjir oleh Yu the Great. Pada tahun 2021, legenda Yu the Great Yang Mengawal Banjir itu telah dimasukkan ke dalam kumpulan kelima bagi warisan kebudayaan tidak ketara di Wilayah Shandong.

    Sebagai sebuah kraftangan bagi Yucheng, Shandong, ukiran arang Deyuan adalah satu gabungan yang penuh harmoni bagi seni ukiran dan lukisan tradisional dengan warisan kebudayaan tidak ketara bagi legenda Yu the Great Yang Mengawal Banjir. Karya-karya ini menjelmakan cerita rakyat untuk menjadi ukiran arang, mengubah budaya rakyat yang boleh didengari kepada seni visual untuk renungan, dan menghidupkan budaya Dayu (Yu the Great). Ia merangkumi kejayaan bagi terjemahan kreatif dan pembangunan inovatif bagi budaya tradisional Cina yang halus pada era baharu itu.

    Walaupun bersaiz kecil, ukiran arang itu menyampaikan satu mesej yang mendalam. Ia diperbuat daripada karbon tempurung kelapa yang berkualiti tinggi, karbon mineral dan serbuk karbon lain yang diaktifkan melalui lebih 10 prosedur daripada pembentukan yang bertekanan tinggi, pengaktifan, pengukiran, penggilapan sehingga kepada lukisan, dan lain-lain. Direka dengan warna yang ringkas dan semula jadi, kerja seni ukiran arang bersaiz kecil itu kebanyakannya menggunakan tema kebudayaan tradisional Cina seperti Confucius, Yu the Great, ‘lima lembu’, ‘lapan kuda’, bunga plum, orkid, buluh dan bunga kekwa, dan topeng Opera Peking, untuk menyerlahkan 5,000 tahun bagi tamadun China.

    Sejak tahun 2009, Ukiran Arang Deyuan telah dipamerkan di lebih belasan ekspo industri kebudayaan domestik dan antarabangsa yang utama seperti di Beijing, Shenzhen, Xi’an, Nanjing dan Jinan, serta di Korea Selatan, untuk memberikan sumbangan yang besar kepada komunikasi bagi budaya Dayu (Yu the Great). – Bernama

    Kerja seni Yu the Great. – Bernama
    Kerja seni: Yu the Great Yang Menjinakkan Banjir. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...