Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ukraine mula sambung eksport bijirin

    KYIV, UKRAINE, 25 JULAI – Ukraine pada Ahad memulakan usaha untuk mengeksport bijirin ke luar negara dengan mengatur konvoi kapal di pelabuhan Odesa, Chornomorsk dan Yuzhne, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut Lembaga Pelabuhan Laut negara itu.

    Persiapan sedang dilakukan agar tiga pelabuhan itu kembali beroperasi seperti dalam perjanjian yang ditandatangani pada Jumaat di Istanbul bagi menyambung semula eksport bijirin dan produk makanan Ukraine, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

    Setiap kapal yang berhasrat menyertai konvoi terbabit perlu mengemukakan permohonan, dan ketibaan dan pelepasan mereka di pelabuhan akan dibantu kapal pengiring.

    Ukraine adalah pengeksport gandum kelima terbesar dunia, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Pegawai PBB pada Jun memberi amaran tentang krisis makanan dunia akibat operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine sejak 24 Feb, sambil berkata ia menimbulkan ancaman kebuluran, ketidakstabilan dan penghijrahan besar-besaran di seluruh dunia ketika Moscow bertindak menyekat pelabuhan Laut Hitam itu.

    Ukraine dan Rusia pada Jumaat memeterai perjanjian menyambung semula bekalan bijirin Ukraine menerusi pelabuhan Laut Hitam, manakala Turkiye dan PBB bertindak sebagai perantara.

    Di bawah perjanjian itu, pusat penyelarasan telah ditubuhkan untuk melakukan pemeriksaan bersama di pintu masuk dan keluar pelabuhan serta memastikan keselamatan di laluan kapal-kapal. – Bernama

    Setiausaha Agung Antonio Guterres (kiri) dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa hadir pada majlis menandatangani inisiatif penghantaran bijirin dari pelabuhan Ukraine di Istanbul pada 22 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...