Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ulama tersohor meninggal dunia

    DOHA, 26 SEPT – Yusuf al-Qaradawi, seorang cendekiawan ahli sunah tersohor dan pemimpin gerakan Muslim Brotherhood meninggal dunia pada usia 96 tahun, menurut akaun Twitternya hari ini.

    Qaradawi dipenjarakan beberapa kali di negara asalnya di Mesir berhubung kaitannya dengan Brotherhood. Beliau menjadi warganegara Qatar, tempatnya berpangkalan sejak 1961.

    “Imam Yusuf al-Qaradawi telah meninggal dunia selepas mengabdikan hidupnya untuk memperkenalkan Islam dan membela masyarakatnya,” menurut catatan dalam akaun rasmi Twitternya namun tidak memberi butiran mengenai punca kematiannya.

    Diasaskan pada tahun 1928, Brotherhood terkenal pada pertengahan abad ke-20 sebagai gerakan pembangkang utama di Mesir, dan juga di negara lain di rantau itu.

    Kaherah menyenaraihitamkan pergerakan itu sebagai organisasi ‘pengganas’ pada 2013, dan sejak itu telah memenjarakan beribu-ribu ahli dan penyokongnya serta menghukum mati puluhan yang lain.

    Gambar fail menunjukkan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh (kanan) mencium tangan Sheikh Yusuf al-Qaradawi pada 8 Mei 2013. – AFP

    Kumpulan Islamis itu secara konsisten menafikan sebarang kaitan dengan keganasan.

    Anak perempuan Qaradawi, Ola, telah ditahan di Mesir selama empat tahun setengah kerana mempunyai kaitan dengan Brotherhood. Dia dibebaskan tahun lalu namun masih berdepan pertuduhan.

    Ulama itu mengetuai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS), sebuah persatuan ahli sunah dan rangkaian Al Jazeera di Qatar yang kerap menyiarkan khutbahnya.

    Beliau juga menubuhkan IslamOnline, sebuah laman web yang mengeluarkan panduan untuk umat Islam tentang segala-gala-nya daripada cinta dan seks hinggalah cara-cara menunaikan solat.

    Beberapa tahun kebelakangan ini, Qatar bertindak untuk berdamai dengan kerajaan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, yang sebagai ketua tentera mengetuai penggulingan Allahyarham Presiden Mohamed Morsi, seorang anggota Muslim Brotherhood. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...