Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ular dalam ruang sistem elektrik

    Oleh Syahmi Hassan

    TEMBURONG, 14 OGOS – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima laporan gangguan bintang liar mengenai kemunculan seekor ular jenis Bangkita dalam ruang sistem elektrik di Loji Rawatan Air Batang Duri, Temburong, baru-baru ini.

    Empat orang anggota dengan sebuah jentera yang diketuai oleh ABKS 4 Achau anak Juti dari Balai Bomba Rataie telah dikejarkan ke lokasi.

    Menurut JBP, anggota bomba berjaya menangkap ular berukuran lebih kurang 2 meter panjang dan 8 sentimeter lilitan itu dengan menggunakan snake catcher dan seterusnya melepaskan haiwan berkenaan di kawasan yang jauh dari penduduk bagi memastikan keselamatan orang awam.

    Dalam kenyataannya, JBP menyarankan orang ramai untuk jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    Ular yang ditemui dalam ruang sistem elektrik di Loji Rawatan Air Batang Duri. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...