Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Umpan sotong pilihan terbaik di terumbu karang

    Oleh Raz AS

    Umpan sotong sememangnya terkenal digunakan untuk memancing pelbagai spesies ikan di seluruh dunia. Di rantau ini umpan sotong sangat sinonim dengan buruan seperti barah-barahan, kerapu, kurisi, buna, ketumbang dan pelbagai lagi spesies ikan yang menghuni kawasan-kawasan terumbu karang.

    Terdapat lebih daripada 300 spesies sotong di seluruh dunia, namun secara amnya rupanya hampir sama antara satu sama yang lain, badan berwarna putih ke merah jambu, bentuk badan memanjang dengan ‘sayap’ segi tiga di kedua belah sisinya, serta memiliki 10 sesunggut yang mana dua daripadanya lebih panjang daripada sesunggut yang lain.

    Sotong yang telah dibekukan boleh kekal segar untuk masa yang lama, untuk digunakan sebagai umpan. Cara terbaik untuk mengekalkan kualiti umpan sotong yang telah dibekukan adalah dengan membiarkan ia cair sendiri secara natural ketika hendak menggunakannya.

    Merendamkan sotong di dalam air atau menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan harapan agar ia dapat digunakan lebih cepat akan mempengaruhi kualiti umpan dan mengurangkan bau yang dapat menarik ikan.

    Sotong yang dihiris kecil boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti gerut-gerut, usus dan lain-lain lagi. Meskipun isi sotong liat, sebaiknya hirisannya dicangkuk beberapa kali ke mata kail bagi mengelakkan ia terlucut. Sementara itu, sotong seekor bulat pula boleh digunakan untuk menjerat spesies yang lebih besar.

    Sotong seekor bulat pula boleh digunakan untuk menjerat spesies yang lebih besar.
    Hirisan kecil sotong yang telah dicangkuk ke mata kail.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...