Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    UNISSA lantik ahli perwakilan siswazah baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah membubarkan ahli Majlis Perwakilan Siswazah UNISSA sesi 2021 dan melantik ahli-ahli baharu dengan majlis pembubaran dan pelantikan berlangsung di The Garden’s Veranda, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis sekali gus menyampaikan sijil penghargaan dan surat lantikan kepada 10 orang siswazah universiti berkenaan ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah PPS, Dr Azme bin Haji Matali selaku pengerusi, pegawai-pegawai eksekutif dan utama serta ketua-ketua Program Siswazah UNISSA.

    Pelaksanaan majlis pembubaran dan pelantikan ahli baharu itu adalah selaras dengan kelulusan perlembagaan Majlis Perwakilan Siswazah UNISSA di mana sebuah jawatankuasa organisasi telah dibentuk bagi memudahkan pergerakan persatuan agar lebih teratur dan terancang. Sehubungan itu, pelantikan telah dilaksanakan melalui sistem pengundian terbuka yang dikendalikan oleh PPS dan ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Siswazah.

    Dr Arman bergambar bersama ahli yang baru dilantik pada majlis yang berlangsung di The Garden’s Veranda, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...