Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Uyaina Arshad sedih abang sulung meninggal dunia pada hari jadi ibu

    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar duka apabila abang sulungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal sekitar pukul 9 malam baru-baru ini.

    Uyaina yang memaklumkan berita sedih itu di laman Instagram turut meluahkan rasa terkilan apabila sambutan ulang tahun kelahiran ibunya, Siti Noor Farah Al-Wafa pada Jumaat (19 Ogos) yang sepatutnya disambut gembira kini bertukar duka.

    “Mohd Attaful Uzair bin Arshad. Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi. Bertemu Sang Pencipta. Orang baik selalu pergi dulu.

    “Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik. Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang,” tulisnya di Instagram. Pada masa sama Uyaina juga mengagumi sikap Allahyarham yang sering memberikan tauladan yang baik kepada adik beradik.

    “Lepas arwah baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia sudah memberi contoh yang baik untuk kami adik beradik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama.

    “Dia berjaya dalam pelajaran, kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik beradik berebut nak berbakti untuk Ummi,” ujarnya.

    Sebelum menghembuskan nafas terakhir Allahyarham yang juga berkhidmat sebagai seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Miza, Kuala Lumpur sempat meluangkan masa bersama keluarga dan mengakui risau keadaan Uyaina yang akan melahirkan anak nanti. – Agensi

    Uyaina Arshad berkongsi khabar duka apabila abang sulungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...