Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Vaksin COVID bukan penyebab masalah haid

    PARIS, 4 MEI – Suntikan vaksin COVID tidak menyebabkan wanita lebih cenderung mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah haid, menurut satu kajian semalam.

    Sejak kempen vaksinasi COVID bermula hampir dua setengah tahun lalu, segelintir wanita melaporkan perubahan dalam kitaran haid mereka selepas mendapat suntikan mRNA daripada Pfizer/BioNTech dan Moderna.

    Ini mendorong badan pemantau ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan pendarahan haid yang banyak disenaraikan sebagai kemungkinan kesan sampingan vaksin.

    Ia juga diperbesar-besarkan oleh kempen antivaksin yang menyebarkan maklumat salah dalam talian mengenai bahaya akibat suntikan vaksin, menurut pakar.

    Kajian baharu itu melihat data pesakit daripada pendaftaran kesihatan Sweden yang merangkumi hampir tiga juta wanita, kira-kira 40 peratus daripada populasi wanita negara itu.

    Rickard Ljung, seorang profesor di Agensi Produk Perubatan Sweden dan penulis utama kajian baharu itu, memberitahu AFP ‘setakat ini’ ia merupakan kajian terbesar dijalankan mengenai isu berkenaan.

    Penyelidikan terdahulu menggunakan data dilaporkan sendiri termasuk maklumat daripada aplikasi yang menjejaki kitaran haid untuk menunjukkan bahawa segelintir wanita mengalami perubahan dalam kitaran haid mereka selepas menerima suntikan vaksin.

    “Apa yang kami tunjukkan adalah gangguan (berpotensi) ini tidak begitu teruk sehingga mendorong wanita mendapatkan rawatan perubatan,” kata Ljung. – AFP

    Gambar bertarikh 24 Disember 2022 menunjukkan seorang pegawai perubatan memberikan suntikan COVID ke atas penduduk. Kajian mendapati suntikan vaksin COVID tidak menyebabkan wanita lebih cenderung mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah haid. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...