Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Vanessa Reynauld akui bukan mudah rakam lagu

    Kemampuan vokal penyanyi, Vanessa Reynauld tidak disangkal antara yang cukup hebat terutama menyampaikan lagu berentak balada bernada tinggi.

    Tampil dengan lagu terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna, Vanessa mengakui dia berdepan dengan cabaran ketika sesi rakaman.

    “Sebenarnya bila dengar demo Faizal untuk lagu ini, nyanyiannya kedengaran begitu senang. Tetapi, apabila giliran saya untuk nyanyikannya, susah sangat!

    “Lagu ini ada turun naiknya dan sangat teknikal. Daripada suara dada kepada suara kepala, tiba-tiba tukar sana sini. Lagu ini sangat susah daripada segi pernafasan. Saya turut berdepan kesukaran untuk menyuntik ‘rasa’ terbaik kerana perlu titik beratkan teknik, perasaan dan agak sulit mulanya.

    “Selepas berlatih banyak kali, barulah saya dapat rentak itu. Akhirnya dapat juga kami rakamkannya sebagai mana yang kami mahukan,” katanya.

    Walaupun Vanessa Reynauld antara penyanyi yang cukup hebat namun dia sendiri mengakui berdepan cabaran ketika sesi rakaman. – Agensi

    Selain Faizal Tahir, lagu yang sudah dilancarkan sejak 28 Januari lalu itu turut mendapat sentuhan daripada Mage.

    Dalam pada itu, Vanessa turut mengakui terdapat cabaran lain yang perlu dihadapi demi menghasilkan lagu tersebut dengan jayanya.

    Kata penyanyi berusia 22 tahun itu, dia harus keluar dari kebiasaan cara nyanyiannya dan lebih berhati-hati.

    “Lagu ini berat kepada saluran emosi dan penyampaiannya kena disampaikan dengan penuh kelembutan.

    “Itu yang sebenarnya menjadi cabaran besar buat saya kerana kebiasaannya, saya buka mulut nyanyi saja, terus tembak pada nada tinggi.

    “Untuk lagu ini, pengawalan perlu berhati-hati dan jaga rapi transisi suara. Semestinya saya berharap besar ramai akan sukakan lagu ini dan menerimanya dengan hati terbuka,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...