Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Victoria Beckham rasa terancam dengan menantu sendiri

    Hubungan selebriti Victoria Beckham dengan menantunya, Nicola Peltz dikhabarkan tidak berjalan dengan lancar.

    Menurut sumber, Victoria masih dalam usaha untuk menerima Peltz, 27, menjadi sebahagian daripada keluarganya selepas berkahwin dengan Brookyn Beckham, 23, pada April lalu.

    Dikhabarkan sejak majlis perkahwinan berlangsung, Victoria dan Peltz jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama sebagai ibu mentua dan menantu.

    “Mereka berdua kurang bercakap dan komunikasi sangat minimum antara kedua-duanya, sebelum perkahwinan lagi mereka dilihat kurang senang ketika berada berdekatan,” kata sumber. Tidak hanya itu, terdapat juga pandangan yang mengadakan Victoria berasa ‘terancam’ selepas Brooklyn memanggil isterinya, Peltz sebagai ‘Mrs Beckham Baharu’ di muka depan majalah British Tatler.

    Rata-rata mengatakan di dalam sebuah keluarga tidak boleh memiliki dua ‘ratu’ apatah lagi apabila Peltz juga merupakan anak kepada jutawan Amerika Syarikat, Nelson Peltz merangkap Pengerusi Bukan Eksekutif Madison Square Garden. – Agensi

    Victoria masih dalam usaha untuk menerima Peltz, menjadi sebahagian daripada keluarganya selepas berkahwin dengan Brookyn Beckham. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...