Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Vo Thi Anh Xuan dilantik pemangku presiden Vietnam

    HANOI, 18 JAN – Naib Presiden Vietnam Vo Thi Anh Xuan dilantik memangku jawatan presiden hari ini, sehari selepas bekas Presiden Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan, lapor agensi berita Vietnam.

    Vuong Dinh Hue, pengerusi Perhimpunan Kebangsaan (NA) Vietnam, menandatangani warkah pelantikan Xuan bagi pihak Jawatankuasa Tetap NA pada mesyuarat luar biasa NA ke-15 hari ini, katanya.

    Xinhua melaporkan Xuan menjadi naib presiden sejak April 2021.

    Beliau akan berkhidmat sebagai pemangku presiden sehingga badan perundangan tertinggi memilih presiden baharu.

    Badan perundangan tertinggi Vietnam pada hari yang sama mengundi untuk memecat Phuc daripada jawatan presiden.

    Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) pada  Selasa bersetuju menerima peletakan jawatan itu selain menggugurkan keahliannya di Politbiro dan Jawatankuasa Pusat CPV. – Bernama

    Gambar fail yang diambil pada 1 November 2022 menunjukkan Naib Presiden Vietnam, Vo Thi Anh Xuan semasa pertemuan dengan Putera Frederik dari Denmark di Istana Presiden, Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...