Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Wanita maut dibaham buaya ketika memancing

    KINABATANGAN, 31 JULAI – Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6:53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

    JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3:42 petang semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...