Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Warga TAIB bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 2 Pejabat Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini diikuti dengan tahlil dan bacaan Doa Arwah.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Penasihat Hal Ehwal Syariah Perbadanan TAIB.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB serta pegawai-pegawai lelaki dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Lebih 200 orang warga Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya menghadiri majlis tersebut.

    Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja itu merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan Perbadanan TAIB pada bulan Ramadan.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua serta Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa bertahlil bersama warga Perbadanan TAIB di makam tersebut.

    Antara pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB yang hadir.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...