Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wei Chong-Kai Wun minta tips dari juara dunia

    KUALA LUMPUR, 4 JAN – Pemain beregu lelaki Malayaia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menagih pengalaman juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam membuat persediaan untuk menghadapi tugas sukar bertemu dengan gandingan dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Terbuka Malaysia pada 10 hingga 15 Januari ini.

    Kai Wun berkata Aaron-Wooi Yik yang pernah membenam Kevin-Marcus pada aksi suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah berkongsi beberapa ‘tips’ buat mereka untuk menentang bekas gandingan nombor satu dunia itu di Axiata Arena, Bukit Jalil dalam pusingan pertama kelak. 

    “Kami ada tanya sikit (kepada Aaron-Wooi Yik), dan mereka ada beritahu beberapa pengalaman, tapi kita akan cuba sedaya upaya, sebab perlawanan semua pemain berlainan, tapi mungkin untuk perlawanan kali ini kita akan buat attacking untuk dapatkan mata,”

    “Kita cuma tak fikir banyak sangat, sebab mereka memang top player dan mereka memang ada gelaran serta pengalaman mereka juga besar, kita cuma harap kita boleh beri yang terbaik,” katanya kepada pemberita dalam sesi latihan, semalam. Sementara itu Kai Wun berkata pengalamannya beraksi di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) banyak membantu menambah baik prestasi untuk beraksi di kejohanan-kejohanan akan datang.

    Kai Wun berkata gandingan itu pada masa sama bertekad meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan ke-10 hingga 12 terbaik dunia tahun ini. 

    Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun yang kini berada di ranking ke-19 dunia pernah berentap sekali dengan Kevin-Marcus pada Terbuka Jepun pada bulan Ogos lalu, namun tewas dengan 21-23, 19-21. – Bernama

    Aksi Wei Chong-Kai Wun semasa Terbuka Taiwan, Julai lalu. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...