Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Raducanu sedia beri cabaran

    LONDON, 28 JUN – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu berjaya menewaskan Alison van Uytvanck dengan keputusan 6-4, 6-4 kelmarin, sekali gus mengembirakan penyokong di Centre Court Wimbledon.

    Pemain Britain berusia 19 tahun itu, yang belum mengetahui untuk beraksi di Grand Slam kerana kecederaan, bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada awal pusing pertama tetapi berjaya mendapatkan breakpoint pada perlawanan ketujuh.

    Van Uytvanck berjaya mengejar tetapi Raducanu sekali lagi menguasai perlawanan dengan mendapatkan breakpoint dan terselamat untuk memenangi set pertama dengan keputusan 6-4.

    Pada set kedua, kedua-dua pemain tersebut saling bertukar breakpoint tetapi Raducanu sekali lagi berjaya mendapatkan mata pada perlawanan kesembilan, dengan mudah melakukan servis dan memenangi perlawanan melalui pukulan voli.

    “Ia adalah satu perasaan yang istimewa kerana dapat kembali ke Wimbledon,” kata pemain nombor satu Britain tersebut, dia juga berjaya mara ke separuh akhir pada tahun lalu.

    “Saya merasakan sokongan padu sejak saya memasuki gelanggang dan berjalan di sekeliling. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong. Ia sangat berbaloi untuk bermain di Centre Court ini dan berjaya memenanginya,” kata Raducanu.

    Sebelum ini, Raducanu mengalami dengan beberapa siri kecederaan kecil sejak kemenangannya di Flushing Meadows tahun lalu, termasuk kecederaan otot pada awal bulan ini.

    Pemain remaja itu berjaya meneruskan perlawanan tanpa kalah di New York, menjadikan dia sebagai seorang pemain tenis wanita Britain pertama yang memenangi kejohanan perseorangan Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon pada tahun 1977.

    Tetapi dia tidak memenangi lebih daripada dua perlawanan sejak kejohanan tersebut. Selain itu, dia akan berdepan dengan pemain Perancis, Caroline Garcia untuk merebut tempat di kelompok 32 terakhir. – AFP

    Aksi Emma Raducanu ketika membalas pukulan Alison van Uytvanck dalam perlawanan perseorangan wanita pada kejohanan Wimbledon di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...