Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    WHO: Jumlah kes kematian COVID di tahap stabil

    GENEVA, 14 JULAI – Jumlah kes jangkitan COVID baharu yang dilaporkan di seluruh dunia meningkat untuk minggu kelima berturut-turut manakala jumlah kematian kekal stabil, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

    Dalam semakan minggu-an dari agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wabak COVID, WHO berkata terdapat 5.7 juta kes jangkitan baharu disahkan minggu lalu, menandakan peningkatan 6 peratus. Manakala itu, terdapat 9,800 kematian, secara kasar ia sama dengan angka pada minggu lalu.

    Pada awal minggu ini, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata wabak masih lagi dikategorikan sebagai kecemasan global dan beliau khuatir tentang peningkatan yang berlaku baru-baru ini.

    “Virus itu merebak dengan bebas dan negara-negara tidak dapat menguruskan tekanan daripada jangkitan penyakit itu secara efektif,” katanya semasa sidang taklimat pada Selasa lalu. “Gelombang jangkitan virus itu sekali lagi menunjukkan COVID sepertinya belum berakhir,” tambahnya.

    Dalam dua minggu lalu, kes jangkitan COVID yang dilaporkan kepada WHO melonjak 30 peratus, sebahagian besarnya berpunca daripada subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.

    Kedua-dua subvarian itu telah menunjukkan kebolehannya yang membimbangkan kerana ia boleh menjangkiti semula orang yang telah divaksinasi sebelum ini atau yang telah pulih daripada COVID. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...