Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga PKWE Daerah Brunei dan Muara ingati insan yang telah pergi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara mengambil kesempatan berkumpul dengan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah untuk insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah.

    Antara yang hadir pada majlis yang berlangsung di pusat berkenaan di Lambak Kanan ialah Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohd Yusof bin Mohd Salleh; Timbalan Pengurus, Dayang Noormah binti Jurulaki Haji Mohsin dan Setiausaha, Hajah Fatimah binti Orang Kaya Seri Utama Haji Basah di samping ahli-ahlinya.

    Majlis dimulai dengan laungan takbir raya beramai-ramai diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah.

    Aktiviti tahunan itu bertujuan untuk sama-sama mendoakan khusus buat rakan-rakan dan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dan perpaduan sesama ahli serta keluarga masing-masing yang sekali gus diharap dapat mendidik diri agar sentiasa mendekatkan diri kepada pelbagai kegiatan yang berkebajikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam meniti norma baharu.

    Antara warga PKWE Daerah Brunei dan Muara yang menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi memeriahkan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini. – Gambar serahan PKWE Daerah Brunei dan Muara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...