Wednesday, May 1, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Woods terkial-kial di Terbuka Britain

    ST ANDREWS, UNITED KINGDOM, 15 JULAI – Tiger Woods kelmarin mengharungi kepulangan yang menyedihkan ke Terbuka Britain apabila juara tiga kali itu bekerja keras bagi mendapatkan pukulan enam di atas par 78 di St Andrews.

    Penampilan pertama Woods di Terbuka Britain sejak 2019 sangat dinanti-nantikan peminat di mana di padang tersebut dia pernah menjulang trofi Claret Jug dua kali sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, dalam aksi kelmarin, pemenang utama 15 kali itu gagal untuk bangkit daripada double-bogey di awal perlawanan selepas pukulannya yang lemah termasuk ke dalam air.

    Woods terlepas dari menyertai kejohanan tersebut pada tahun lalu disebabkan kemalangan kereta pada Februari 2021 yang menyebabkan dia memerlukan pembedahan pada kaki kanannya.

    Kesan fizikal daripada kemalangan tersebut jelas apabila dia dilihat terkial-kial mengelilingi padang dalam pusingan yang berlangsung selama enam jam.

    “Ia merupakan hari yang sangat melelahkan,” kata Woods.

    “Saya tidak bermain dengan baik pada hari ini,” tambahnya.

    Satu lagi double-bogey ditambah dropped shots pada pukulan ketiga dan keempat meninggalkan pemain berusia 46 tahun itu dengan pukulan enam di atas melalui tujuh lubang.

    Woods sekali-sekala dilihat kembali beraksi cemerlang dengan melakukan birdie berturut-turut pada kesembilan dan ke-10 untuk menggembirakan peminat yang mengikuti setiap pukulan pemain Amerika itu. Walau bagaimanapun, bogey pada 11, 13 dan 16 di back nine telah meninggalkannya dengan 14 pukulan di belakang pendahulu, Cameron Young selepas hari pertama. – AFP

    Reaksi Tiger Woods selepas melakukan pukulan di lubang pertama semasa pusingan pertama kejohanan golf Terbuka Britain di Old Course, Saint Andrews kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...