Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Yayasan anjur majlis doa kesyukuran puja usia DPMM

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke-48 tahun di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, hari ini.

    Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

    Hadir menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Turut menjunjung keberangkatan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Ia kemudian disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang ke-48 tahun.

    Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    DANA merupakan pesambah yang berkekalan dalam bentuk yayasan amal yang disembahkan oleh Yayasan bersempena memperingati pemasyuharan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota pada 17 Rabiulakhir 1419 bersamaan 10 Ogos 1998. DANA ditubuhkan pada 25 Ogos 1998.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), ketika berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke-48 tahun di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan kelmarin. Turut hadir menteri-menteri kabinet. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bagi sesi bergambar ramai. – Gambar Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...