Monday, May 13, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Yayasan rai puja usia ke-40

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Sempena Memperingati Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-40 Tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, kelmarin.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

    Hadir menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof selaku ahli-ahli Jemaah Tadbir Yayasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku

    Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyampaikan sumbangan untuk PAPDA. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan memotong kek puja usia. – Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto

    Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Ulang Tahun Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek puja usia dan menerima pesambah daripada Yayasan.

    Dalam pada itu, sempena majlis kesyukuran berkenan, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenaan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah $70,000 kepada sembilan persatuan atau badan sukarelawan yang mengendalikan program-program kemasyarakatan kepada golongan-golongan tertentu.

    Lima buah persatuan terdiri daripada badan sukarelawan yang memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan orang kelainan upaya iaitu Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Yang Di-Pertua, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin; Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) diwakili oleh Yang Di-Pertua, Awang Muhamad Hamzi bin Omar; Persatuan Sindrom Down (ABLE) diwakili oleh Timbalan Yang Di-Pertua, Hajah Siti Zaliha binti Haji Abu Salim; Persatuan Orang-orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA) diwakili oleh Setiausaha, Hajah Rokiah binti Haji Bujang; dan Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) diwakili oleh Yang Di-Pertua, Pengiran Haji Norhalim bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Kesemua persatuan tersebut bergabung dengan Majlis Kesejahteraan OKU (MKOKU).

    Manakala itu, empat buah persatuan lagi terdiri daripada badan sukarelawan yang mengendalikan program kebajikan dan kesejahteraan saudara-saudara baharu iaitu Persatuan Nurul Islam (PNI) Daerah Brunei dan Muara yang diwakili oleh Haji Mohamad Hazwan bin Abdullah; Persatuan Saudara-saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU) – Bergabung dengan Badan Kebajikan BASKIM, Kiudang diwakili oleh Setiausaha
    Agung, Hajah Rohaidah Anizah binti Mohamad Kamsani; Persatuan Sinar Islam Daerah Belait diwakili oleh Setiausaha Agung, Dayang Hamsyesulaina binti Abdullah; dan Persatuan Saudara-saudara Baharu Temburong diwakili oleh Yang Di-Pertua, Awang Muhammad Ashim Amrullah bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah

    SEOUL, 12 MEI - Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah Korea Selatan selama dua tahun, kata...