Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Zaki Yamani dituduh guna duit Jamal Abdillah buka bisnes

    Sedih dan terkilan, itu yang dirasakan penyanyi remaja, Zaki Yamani apabila segelintir warganet memperkecilkan usahanya memulakan perniagaan menjual makanan.

    Zaki, 16, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing kata-kata negatif yang menuduh dia mendapat modal perniagaan daripada bapanya iaitu penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah.

    “Ketika awal saya mahu mulakan perniagaan ini, ayah saya sendiri tidak tahu dan saya langsung tidak meminta duit untuk dijadikan modal.

    “Jika ada yang masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada beliau,” jelas Zaki ketika dihubungi media.

    Sekitar November tahun lalu Zaki menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

    Zaki Yamani berasa sedih apabila segelintir warganet memperkecilkan usahanya memulakan perniagaan menjual makanan. – Agensi

    Gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

    Sebelum ini, Zaki memuat naik satu hantaran di laman sosial Instagram menjelaskan modal perniagaan tersebut adalah hasil wang yang dikumpul dari bayaran membuat review di media sosial.

    Dia juga membuat naik paparan skrin beberapa warganet yang menuduhnya hidup senang kerana mempunyai keluarga kaya.

    “Kalau ada modal umur 10 tahun pun boleh jadi tauke apa saja. Modal duit mak bapa.

    “Untung mak bapa berduit, anak minta modal niaga pun senang, yang biasa-biasa ni harapkan simpan modal sendiri tu pun makan masa bertahun,” ujar beberapa warganet.

    Sementara itu, Zaki juga memberitahu sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia ada memberi bayangan kepada Jamal tentang hasratnya, namun tidak menerima sebarang respons daripada penyanyi lagu Azura itu.

    “Saya ada menghantar gambar bancuhan air yang saya buat, namun hanya dapat bluetick sahaja.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...