Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Zelensky gelar tentera Rusia pembunuh

    UKRAINE/BRUSSELS, 4 APRIL – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggelar tentera Rusia ‘pembunuh, pendera, perogol, pemusnah’ hari ini selepas puluhan mayat ditemui dekat Kyiv, mencetuskan keberangan global dan berikrar mengenakan sekatan baharu ke atas Moscow.

    Pihak berkuasa tempatan berkata mereka telah dipaksa untuk menggali kubur bersama untuk mengebumikan mangsa korban di jalan raya, termasuk beberapa daripada ditemui dengan tangan mereka terikat di belakang, dalam kejadian yang mengejutkan bandar-bandar antarabangsa lebih daripada sebulan pencerobohan Rusia,

    Meskipun Rusia menafikan bertanggungjawab, kecaman bertubi-tubi muncul daripada para pemimpin Barat, NATO dan PBB yang semua menyuarakan kengerian terhadap laporan pembunuhan orang awam di Bucha, barat Kyiv dan di mana-mana.

    Zelensky dalam mesej videonya semalam menyifatkan tentera Rusia sebagai ‘pembunuh, penyeksa, perogol dan pemusnah, yang menggelar diri mereka tentera dan hanya layak mati selepas apa yang mereka lakukan.

    Sementara itu, di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) berkata hari ini ia segera membincangkan satu pusingan sekatan baharu ke atas Rusia ketika ia mengecam ‘kekejaman’ dilaporkan di bandar-bandar Ukraine yang telah diduduki oleh tentera Moscow.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky (tengah) kelihatan berada di bandar Bucha, bandar Kyiv, Ukraine pada 4 April. – AFP

    EU ‘akan bertindak segera ke atas sekatan selanjutnya terhadap Rusia,” kata ketua dasar luar, Josep Borrell dalam satu kenyataan bagi pihak blok.

    “Kami berdiri teguh bersama Ukraine dan penduduknya dalam waktu suram bagi seluruh dunia,” katanya.

    Namun Jerman memberi amaran bahawa pemotongan bekalan gas Rusia belum lagi mungkin terjadi sebagai satu hukuman, meskipun gesaan di beberapa negara EU bahawa langkah itu adalah perlu untuk menundukkan Rusia.

    “Kita perlu memutuskan semua hubungan ekonomi dengan Rusia, namun pada ketika ini, ia tidak mungkin untuk memotong bekalan gas. Kami perlukan masa,” kata Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner ketika tiba bagi rundingan bersama rakan sejawatan zon euro di Luxembourg.

    “Kita perlu membezakan antara minyak, arang dan gas,” tambahnya, tapi dia enggan untuk membuat spekulasi apa langkah akan dibincangkan.

    Salah seorang pegawai EU memberitahu AFP bahawa pakej sekatan baharu ke atas Rusia akan dibincangkan minggu ini. Menteri-menteri luar negeri EU akan menilainya, sama ada semasa mesyuarat NATO pada Rabu dan Khamis atau semasa mesyuarat biasa mereka awal minggu depan.

    Borrell berkata dalam kenyataannya yang EU ‘mengecam keras’ kekejaman yang dilaporkan di bandar Ukraine yang diduduki oleh tentera Rusia, termasuk bandar Bucha, di mana mayat-mayat ditemui dengan tangan mereka terikat.

    “Pembunuhan di bandar Bucha dan bandar Ukraine lainnya akan dibubuh dalam senarai kekejaman dilakukan di tanah Eropah,” kata Borrell.

    Dia berkata ‘pihak berkuasa Rusia bertanggungjawab atas kekejaman ini, melakukannya semasa mereka mengawal kawasan itu’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...