Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap delegasi daripada Program Pertukaran Muslim Australia-ASEAN (AAMEP) di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Semasa berada di negara ini, delegasi tersebut telah menghadiri majlis-majlis dan acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77, iaitu Kawalan Kehormatan Diraja, Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, dan Majlis Persantapan.

    Delegasi berkenaan berada di negara ini selama lapan hari bagi program yang memberi peluang kepada pemimpin masyarakat Islam untuk berdialog dan juga mengadakan pertukaran kebudayaan. Program tersebut dianjurkan bersama oleh kerajaan Australia, Majlis Australia-ASEAN dan MOSAIC Connections.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap delegasi AAMEP di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...