Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bimbang keselamatan pengguna di Jalan Duta

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan raya di kawasan Jalan Duta telah menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan berkenaan.

    Masalah itu sudah berlarutan tetapi tidak ada usaha dan tindakan diambil oleh pihak-pihak berkenaan dalam menanganinya.

    Salah seorang pengguna yang enggan disebut namanya dan sering menggunakan jalan itu, amat kecewa dengan keadaan tersebut, yang membimbangkan lebih-lebih pada waktu sibuk menghantar kanak-kanak ke sekolah pada sebelah pagi hinggalah ke pukul 11 pagi.

    “Kenderaan yang diletakkan di tepi jalan itu bukan saja telah menggunakan lorong laluan kenderaan untuk meletakkan kenderaan mereka bagi membuat urusan di kawasan berkenaan, malah telah menghalang pemandangan untuk pemandu kenderaan keluar dari simpang berkenaan,” jelasnya.

    Walaupun sudah diletakkan kon jalan raya di laluan kawasan berkenaan, tetapi ia masih tidak diendahkan malah semakin banyak yang meletakkan kenderaan mereka sehingga ada masa sampai ke jalan selekoh untuk keluar simpang.

    Keadaan berkenaan juga telah menyebabkan pemandu yang hendak keluar simpang risau disebabkan kenderaan yang diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya.

    Dalam perkara itu, tidak adakah inisiatif lain yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini disebabkan tidak ada rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan yang lain.

    Keadaan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan telah menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan berkenaan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...