Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Azerbaijan yang Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Irfan Shakir Oglu Davudov.

    Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kalinya diadakan antara kedua-dua pihak dan telah menumpukan kepada perbincangan mengenai isu-isu yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama.

    Kedua-dua pihak telah melahirkan rasa simpati terhadap keadaan yang telah berlaku terhadap saudara-saudara Islam pada masa ini disebabkan krisis politik di negara-negara yang terbabit.

    Mereka juga berharap dengan adanya perpaduan dan solidariti antara negara Islam dapat memberikan semangat kerjasama dalam sama-sama menangani isu-isu tersebut.

    Tuan Yang Terutama telah merakamkan rasa penghargaan atas hubungan persahabatan dan sokongan yang telah diberikan oleh Negara Brunei Darussalam sejak Republik Azerbaijan mencapai kemerdekaannya.

    Republik Azerbaijan juga menghargai dukungan yang telah diberikan oleh MMN kerana mempersetujui Majlis Milli (Dewan Parlimen Republik Azerbaijan) sebagai ne-gara dialog kepada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA).

    Diharapkan melalui platform berkenaan akan dapat memperluaskan lagi bidang-bidang kerjasama rantau antarabangsa.

    Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Pemangku Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Pemangku Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan hormat daripada TYT Irfan Shakir Oglu Davudov. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...