Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Irish Bella fail cerai terhadap suami

    Pelakon terkenal Indonesia Irish Bella memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Ammar Zoni lapor media negara berkenaan.

    Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

    Perkata itu disahkan sendiri oleh Hakim Pengadilan Agama Depok di Indonesia iaitu M Kamal Syarif. ‘Fail cerai itu dibuka pada 6 November 2023 lalu’, kata Kamal Syarif.

    Menurut laporan mStar, perbicara-an hari pertama mereka juga telah berlangsung pada 16 November lalu namun kedua-duanya tidak menghadirkan diri.

    Desas-desus pasangan tersebut telah berpisah apabila Ammar pada pertengahan Oktober lalu memaklumkan tidak lagi tinggal serumah bersama isterinya sejak keluar dari penjara. Mereka berdua kini tinggal di rumah keluarga masing-masing. – Agensi

    Irish memfailkan cerai sebulan sebelum suaminya keluar penjara. – lifestyle.sindonews.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...