Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    10 maut bangunan runtuh di Nigeria

    LAGOS, 3 MEI – Angka kematian daripada bangunan roboh di ibu negara komersial Nigeria Lagos telah meningkat kepada 10 orang, termasuk seorang budak lelaki, kata pegawai hari ini.

    Bangunan-bangunan tiga tingkat, sebahagian besarnya premis kediaman penduduk, runtuh di kawasan Ebute-Metta di bandar dengan populasi 20 juta penduduk.

    Kes bangunan runtuh adalah perkara biasa di negara paling ramai penduduk di Afrika itu, di mana berjuta-juta orang tinggal dalam struktur usang dan tidak mengikut piawaian pembinaan.

    Wakil Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Ibrahim Farinloye, memberitahu AFP bahawa tragedi berlaku sekitar jam 9:30 malam.

    Menurutnya, lapan mayat pada mulanya berjaya dikeluarkan daripada runtuhan manakala 23 diselamatkan dengan pelbagai tahap kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital.

    “Dua mayat tambahan, termasuk seorang budak lelaki berusia empat tahun dan seorang anggota kor belia wanita telah ditemui semalam, menjadikan 10 kematian,” kata Farinloye.

    Agensi menyelamat berkata bangunan tingkat bawah dan satu dijadikan gudang manakala tingkat dua serta tiga adalah kediaman.

    Tambah Farinloye, usaha menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian sejak malam tadi untuk membersihkan runtuhan bagi mencari lebih ramai mangsa.

    Beliau berkata siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca keruntuhan bangunan terbaharu di negara itu. – AFP

    Pekerja menyelamat mencari mangsa di tapak bangunan tiga tingkat yang runtuh di Ebutte-Metta di Lagos, Nigeria pada 2 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...