Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    10 maut dalam empat insiden tembakan di AS

    PHILADELPHIA, 6 JUN – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih puluhan cedera dalam empat tembakan di seluruh Amerika Syarikat hujung minggu ini, ketika penggubal undang-undang bergelut untuk bertindak balas terhadap keganasan senjata api yang berpanjangan di negara itu.

    Insiden tembakan tersebut berlaku selepas siri pembunuhan beramai-ramai yang telah mencetuskan gesaan baharu bagi pembaharuan undang-undang senjata api negara.

    Letusan keganasan yang berlaku di Chattanooga, Tennessee kelmarin telah mengakibatkan 14 orang ditembak, termasuk dua terbunuh, manakala seorang lagi mati dan dua lagi cedera selepas mereka dilanggar oleh kenderaan yang melarikan diri dari tempat kejadian, kata ketua polis Celeste Murphy, sambil menambah beberapa mangsa kekal dalam keadaan kritikal.

    Sementara itu, di Philadelphia pada Sabtu lalu, dua lelaki dan seorang wanita terbunuh apabila beberapa orang melepaskan tembakan ke arah orang ramai di kawasan hiburan malam South Street yang terkenal.

    Di Saginaw, Michigan, tiga orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam satu insiden tembakan kelmarin, lapor MLive.com dan televisyen WEYI, memetik dari pihak polis.

    Manakala di Clarendon County, Carolina Selatan, lima remaja dan seorang kanak-kanak 12 tahun adalah antara tujuh orang yang cedera dalam kejadian tembakan di majlis graduasi pada Sabtu lalu yang mengorbankan seorang dewasa, lapor polis dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...