Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    100kg ayam, daging dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Sebanyak 40 kilogram (kg) sayap ayam dan 60kg daging telah dirampas dari sebuah kenderaan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh para pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KHEU, hari ini, operasi yang dijalankan pada 12 Mei, jam 9:56 malam telah mendapati sebuah kenderaan disyaki membawa sayap ayam dan daging tanpa permit import halal dengan jumlah keseluruhan sebanyak 100kg.

    Kesemua barang rampasan tersebut telah diserahkan kepada pihak JKED untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

    KHEU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan bagi orang ramai yang ingin membuat pengaduan serta perkongsian maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal bolehlah dibuat terus ke BKMH dengan menghubungi talian 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah. BKMH bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan di negara ini sentiasa dipatuhi.

    Antara sayap ayam dan daging yang dirampas semasa operasi bersepadu tersebut.
    Bungkusan yang dipercayai mengandungi sayap ayam dan daging yang tidak memiliki permit import halal telah dirampas. – Gambar serahan KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...