Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    11 anak damit maut dalam kebakaran

    DAKAR, 26 MEI – Sebelas anak damit yang baru lahir maut dalam kejadian kebakaran hospital di bandar Tivaouane, barat Senegal, kata presiden negara itu lewat kelmarin.

    Sejurus tengah malam di Senegal, Macky Sall mengumumkan dalam Twitter bahawa 11 anak damit terkorban dalam kebakaran.

    “Saya baru saja mendengar berita malang mengenai 11 anak damit yang baru lahir maut dalam kebakaran di Jabatan Neonatal Hospital Awam,” tulisnya dalam laman Twitter.

    “Kepada ibu dan keluarga mangsa, saya menyatakan rasa simpati yang mendalam,” tambah Sall.

    Tragedi itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane dan berpunca daripada ‘litar pintas’, menurut ahli politik Senegal, Diop Sy.

    “Api merebak dengan cepat,” katanya. Datuk Bandar, Demba Diop pula berkata, tiga anak damit berjaya diselamatkan. Menurut media tempatan, hospital tersebut baru saja dirasmikan. – AFP

    Pelawat berdiri di hadapan Hospital Mame Abdoul Aziz Sy Dabakh, di mana 11 anak damit maut dalam kebakaran pada 26 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...